Andrew's Blog

I'm just a weird person who needs a healthy avenue for expression. I have my passions and hobbies but I'm into anything.

Monday, March 20, 2006

Sspprraaaayy...

There is a certain person that has been checking out my blog whose nickname has intrigued me for the longest time. Dude... I'm done trying to figure out why u call yourself that or the origins of your nickname. I must admit that you have perhaps the most interesting and enigmatic nickname among the bunch of "multipliers" I know. I have some free time now and need to just get away from work. Here's how I think your nickname came about.

Pada zaman dahulu kala... di rantau yang jauh sekali, hidup seorang budak yang mulanya biasa, tetapi untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, rumahnya dipenuhi tumbuhan and bunga-bunga yang tidak terkira banyaknya. Sebenarnya, orang tuanya fanatic bunga dan memegang kepercayaan bahawa segala kehidupan asalnya dan akhirnya dengan bunga. Mereka percaya bahawa bunga dan tumbuhan punya nadi, jiwa dan sukma.

Budak tersebut langsung tidak mempercayai dan tidak memegang segala kepercayaan orang tuanya, namun bila berusia 6 tahun, dia diberi tugas menyiram semua bunga di rumah. Bingitnya dia bila diberitahu. Disebabkan kepercayaan orang tuanya, tumbuhan dan bunga tidak boleh sewenang-wenangnya disiram menggunakan air paip dan hos. Semua bunga kena direnjiskan air dengan perlahannya menggunakan air dalam botol dengan suatu alat "spray" yang membuat bunyi "ppffsssstttt..."

Oleh kerana bunga di rumahnya banyak tidak terkira, itulah kerjanya sepanjang hari... SETIAP HARI. Dari subuh hingga malam dia "men-spray" bunga dan di rumahnya selalu kedengaran bunyi "ppffsssstttt... ppfssssttt... ppffsssssttt...". Tugasnya untuk menyiram bunga mengambil masa sepanjang hari, setiap hari... dia tiada masa bergaul, bermain atau berbual dengan kawan-kawannya.

Hanya pada hujung minggu, dia mempunyai masa 2 jam untuk bersosialisasi namun dia tidak banyak kawan kerana sesiapa yang tidak disukainya akan dispraykan. Seperti:

Kawan A: Eh apasal lu bawa spray tu?
Budak spray: ppppsssfffftttt...!!

Kawan B: Oi.. budak bunga!!
Budak spray: pppsssfffttt...!!

Kawan C: Eh... Kenap...
Budak spray: pppsssffttt...!!

Pada suatu hari, ketika men-spraykan bunga di bumbung rumahnya (ya... bumbung di rumahnya berbunga juga), dia tidak berhati-hati dan terpijak bunga tahi ayam yang licin dengan selipar kopaknya lalu jatuh tersungkur ke tanah. Bila dia sedar, dia bertekad tidak mahu menyiram, merenjis, men-spray bunga buat seumur hidupnya! Dia amat benci kepercayaan orang tuanya dan benci semua bunga dan tumbuhan.

Keesokan harinya, dia meninggalkan rumah bunganya itu dan memulakan agamanya sendiri yang anti-bunga. Oleh kerana seumur hidupnya dia selalu membawa alat spray itu, dia percaya bahawa umat manusia akan diselamatkan oleh alat spray. Maka, penganut-penganut agamanya menyembah semua alat dan kegiatan spray, dan dia mengelarkan dirinya sebagai, The Lord of Spray Thingy.... atau... Spraylord.

Hey man... with a name like Spraylord... this story could just as well be true... heh heh... but no offence intended man. Cheers.

1 Comments:

At 2:57 PM, Blogger wan tan mee walla said...

LOL!!!
spraylord?? hhmmm...

 

Post a Comment

<< Home